sekadar dua minit



Realiti sebuah perubahan



Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. (surah ar ra’ad 13:11)

Di kala kawan-kawan yg bermurah hati menghulurkan rokok tanda persahabatan. Tetapi …
“sori la weh. aku ingat nak berenti la merokok ni”
“Ko biar btul mat. Sejak bila berubah jadi baik ni. Aku tau. Nak berenti dua minit kan.takpa2. tawaran masih terbuka. Jgn malu2. Kalu mau. Sila kan amik di atas meja.”
“Ni mesti berenti pasai awek la ni. Awek marah ka? Hahaha” gelak berkumandang di atas meja.
Tapi jauh di sudut hati. Aku inginkan perubahan. Dah beratus2 ringgit aku habiskan tuk sahabat bernama rokok ni. Malah mgkn mencecah ribuan malah puluhan ribuan ringgit. Tapi apakan daya. Merokok mesti ada gaya. Jika tak membeli mesti ada yg bermurah hati memberi. Bagaikan satu ikatan yg tak dapat diuraikan oleh perokok2 sekalian. Rela hilang pendapatan tapi tak rela hilang teman(rokok).


Memang ramai gadis-gadis di luar sana yg kurang senang dgn tabiat sesetengah lelaki yg suka merokok. Kadang2 ada yg sanggup berhenti seminggu dua akibat dihidu teman masing2. Tetapi di kala insan bernama awek ini tiada. Rokok tetap dinyalakan semula. Asap tetap dihembus dan dihisap dengan bangga. Bagai melangsaikan dendam membara. Berkotak2 dihabiskannya. Tidak perlu lama. Cukup sekadar semalaman di kedai mamak sahaja. Di campur dengan kawan2 sambil menonton bola. Memang bahagia rasanya.


Begitu la lumrah kehidupan. Bila ditanya. Best ka merokok. Jawapannya mudah. “Bestla. Kalu tak kompom la dah lama berenti. Blum cuba belum tahu. Dah cuba hari2 mahu.” Mgkn sekarang ini dugaan dan halangan makin bertambah bagi hobi ini. Tetapi kalau hanya dilekat dgn gambar2 mengerikan, kadang2 menggugat juga ketabahan bagi melakukan pembelian. Ada yg pilih gambar kaki. Katanya “ala kaki ja. Yg len ok.”Ada yg pilih gambar bayi dgn harapan “kita lelaki. Mana leh produce bayi. Kan tak kawen lagi.” Berbagai alasan diberi. Bagi melegakan hati diri sendiri. Dari menghadapi risiko yg sememangnya reality.


Jadi mengapakah aku perlu berhenti. Soalan ditanya pada diri tak henti2. Kalu kerana duit yg habis berguni-guni. Kan mudah ja hidup ini. Duit dapat dicari. Kalau awek menjadi alasan berhenti. Mgkn boleh untuk berhenti. Cuma hanya untuk sehari dua lagi. Pastuh pasti menjadi kembali. Jika diugut utk putuskan hubungan ini. Apakan daya. Sudah takdir dari ilahi. Yg patah tumbuh yg hilang berganti. Adakah aku perlu berhenti kerana penyakit berisiko tinggi. Kata orang “merokok ada advantagenya.” Mgkin pelik bunyinya. Tak pernah dgr lagi merokok ada kelebihan. Apa kelebihannya? Katanya lagi “kalau org yg merokok susah nak tumbuh uban” biar btul pakcik ni. Nak dikatakan doctor tidak. Dikatakan pharmacist pun bukan. Pakcik tuh pun seraya berkata “mmgla susah nak tumbuh uban. Mana taknya. Uban tak tumbuh lagi. Kita yg dah pergi.” Tertanya2 jgk. “ke mana pakcik. Kita pergi mana.” “ke kubur la mana lagi.” Jawab pakcik tersebut dgn selamber je. Tersentak rasa di hati. Mmgla hidup mati di tangan tuhan. Tetapi Allah suruh kita menjaga nyawa. Menjaga diri. Menjaga kesihatan. Dari dirosakkan dek kerana memuaskan nafsu sendiri.

Dari ‘Alqamah bin Waqqamah bin Waqqash al laitsi, katanya: aku mendengar Umar bin Al Khattab r.a. sewaktu sedang ada di atas mimbar, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bahawasanya semua amal perbuatan itu hanyalah menurut niatnya dan bahawasanya bagi setiap orang itu hanyalah menurut apa yang diniatnya. Maka dari itu barang siapa yg hijrahnya itu adalah ke arah keduniaan yang ia ingin memperolehnya atau kepada wanita yg ia ingin mengahwininya , maka hijrahnya pun adalah kepada apa yang ia berhijrah untuk tujuan itu” hadith riwayat Bukhari.

Jadi apakah sebenarnya harus didasarkan perubahan ini. Semua sebab berenti boleh diatasi dgn hujah tersendiri. Jadi mengapa perlu berenti? Aku berhenti bukan kerana duit habis berguni2. Aku berenti bukan kerana takutkan awek yg ugut nak cabut lari. Aku berenti bukan kerana dek takutkan penyakit berisiko tinggi. Aku berenti kerana aku ingin mengubah diri. Menjadi hamba yg taat pada perintahNya. Melakukan sgala suruhanNya. Dan meninggalkan laranganNya. Jika dihujani dgn dugaan mengatakan diri ini hipokrasi. Aku cuma ingin mereka tahu. Salah kah kita berubah menjadi insan yang lebih baik?


Bagaimana kamu ingkar pada Allah, padahal kamu (tadinya) mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan. (Al Baqarah 2:26)

Mungkin susah melakukan perubahan. Mungkin payah meninggalkan tabiat yg menghantui diri. Jadikanlah proses perubahan ini sebagai medan jihad memperbaiki diri. Niatkan kepada pencipta hakiki, Allah ya rabbi.

2 comments:

slave of Allah said...

life di dunia ni sbg mujahid/mujahidah yg sll perlukan perubahan utk mnjadi insan yg smpurna..n apa yg plg ptg,ntk mendapatkn keredhaanNya..not specifically bout merokok tp setiap perubahan yg nk dilakukan..JazakAllah for doing all dis.

sya_ais said...

tajuk tu mmg sesuai sbb...dlm keadaan skrg, x kira la nk berubah dr merokok mahupun klau perempuan nk bertudung la kn...mmg akan hadapi byk rintangan
kutukan n kritikan
keyword kat sini...MUJAHADAH

kesimpulan sy dpt...sekuat mn pegangan kita dgn ALLAH....nk bawa ISLAM mmg susah tp ISLAM itu mudah...

Post a Comment