mimpi mungkin realiti



di saat waktu berhenti...

Hari2 bersama ibu dan juga ayahku berlalu tanpa erti. Tanpa erti yg aku tidak pernah hendak memahami. Memahami erti keduanya di sisi. Walau aku tahu itu pasti. Ayah dan ibuku tidak selamanya menemani. Pasti dan pasti mereka akan pergi ke alam barzakh yg pasti.

“Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak mendapatkan perlakuan baik dariku?”Beliau menjawab, “Ibumu.”Tanyanya lagi, “Kemudian siapa?”
Beliau menjawab, “Ibumu.” Tanyanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, Ibumu” Kemudian tanyanya lagi, “Kemudian siapa?” Beliau menjawab, “Bapamu.”
(Muttafaq ‘alaih).


Tapi kenapa baru sekarang aku sedar.
Di saat tubuh ibuku jua ayahku tidak lagi bernyawa. Sejuk membeku di depan mata. Menatap mayat mereka membuat hatiku terluka. Terluka bukan kerana mereka tidak lg bernyawa. Tapi terluka kerana sikap ku semasa mereka ada. Yg mudah mengatakan “nantila mak..ilek la...malam masih muda..” . “ mak ni asyik bebel ja dari tadi. Org tau la nak wat pa. kan dah besar. Sibuk ja” “asyik2 aku. Asyik aku ja yg kena. Mak n ayah ni mmg tak memahami la jiwa muda remaja ni”. Momelan2 ini selalu bermain di minda. Dalam anak derhaka.

Mungkin aku terlupa. Selama 9 bulan aku menumpang di dalam rahim ibuku. Tanpa mengenal erti jemu. Ibuku membawaku. Ke sini ke situ. Tidak pula membuangku. Sungguh bertuah nasibku ketika itu. Sedangkan ada yg lain dilempar di dalam tong sampah. Ada juga dilepas di tandas sekolah. Mujur itu bukan aku. Tapi adakah ibuku jua begitu. Merasa sejuk di dada bila aku di depan mata. Merasa rindu tak terkira bila anak sering melupakannya. Bila ku sudah dewasa. Sudah pandai berkata2. di kala ibu rindukanku. Telepon rumah di dail dgn perlahan. Mengharapkan anak yg jauh terus mengangkat. Mendengarkan kata-kata rindu moga hati terubat. Bila di telepon. Ini pula katanya “mak ni asyik tipon ja. Mat dah besar la mak. Dah pandai jaga diri.”
“sat mak na. mat byk keja ni.”

Anaknya ini hanya ingatkan ibunya bila... “mak...mat sebenarnya tak cukup duit la. Mak leh masukkkan tak duit kat mat. Seratus ja mak! Seratus mana cukup! Seribu la mak. Ble la mak. Ble la.” Bila si ibu tiada duit ketika itu “ mak ni mmg. Pasai duit ja kedekut. Apala mak ni. Sudahla. Malas la nak cakap” ini balasan rindu si ibu yg rindu pada anaknya. Yg mengorbankan masa tenaga semata2 ingin lihat anaknya berjaya. Dan si anak. Tanya pada dirimu. Akukah itu??... mungkin dialog sedikit berbeza. Tapi begitulah ceritanya.

Tapi sekarang apa gunanya. Mereka sudah pergi. Walaupun tubuh di depan mata. Mampukah mereka bangkit semula dan menyatakan “ mat dah pulang ka. Dah makan. Sekolah camana. Ok?” tidak. Tidak . tidak mungkin sama sekali. Bila itu sudah berlaku. Pandanglah dirimu. Renungkanlah pikiranmu. Apa aku buat utk keduanya. Adakah hanya menjadi punca duka bagi mereka berdua. Adakah mereka aku jadikan pintu utk memperolehi syurga.

Pernah seorang lelaki datang kepada abu Darda’ r.a memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan isterinya. Lalu Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“ Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensia siakan pintu itu atau memeliharanya.” (hadith sahih riwayat Ahmad, At Tirmizi dan Ibn Majah)

Bila melihat wajah si bapa. Kaku tak bermaya. Datang kembali kisah2 silam. Yg sememangnya tak ingin aku selam. “mat. Ayah cakap jgn...jgn ya” peduli suma kata2 itu. Kunci tetap ku sapu. Motor ex5 menjadi tungganganku. Membuat lagak di depan kampungku. Tayar aku ‘wilie’ berbatu-batu. Semata-mata memuaskan nafsuku. Suka bila disorak. Bangga bila dilihat. Itulah aku. Bila kantoi dek polis. Hatiku mula resah. Yang aku ingat hanyala rumah. Ingat mak n ayah. Jaminla aku kluar lokap agar aku hilang resah. Dengan geng “datuk polis” yg suka membelasah. Tapi bila dijamin. Ingat aku kesah. Esk aku jamin pasti berulang sejarah.

Tapi hari itu tiada lagi kata “ mana ko pegi mat. Dah malam2 baru blik. Asal ko tak amik ja kain baju ko duduk kat luar tuh”. “mat!!! Jgn kuar ayah kata”. Kata2 itu tak mungkin kedengaran lagi dari insan bernama ayah. Ayah selalu resah. Bila anaknya keluar rumah. Jika ayahku tahu bila besar aku begitu mungkin dah lama dia tinggalkan aku. Di tepi2 jalan atau lorong. Memadailah dengan aku yg hatinya sombong.

Walaubagaimanapun. Ayahku tidak begitu. Kasih diberi tidak terperi. Sejak kecil dijaga dan didukung. Walau hari ini aku sombong. Tapi sombong itu hilang. Hancur berderai melihat jasad ayahku kaku. Yg tak mampu lagi memberi semangat padaku. Menasihatiku. Memerhatikan ku. Macam dulu-dulu.

“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu memersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri, (surah An Nisa’ 4:36)

Tapi bila keduanya tiada. Hati menyesal tidak terhingga. Belum puas rasanya bersama. Tapi sudah pergi selamanya. Aku ingin berbakti. Aku ingin membalas budi. Walau hingga saat ini. Tapi mampukah aku?

Mampukah aku memandikan mereka. Solat jenazah buat mereka. Jika soal mandi pun susah. Dipanggil abih ustaz2 keliling rumah. Adakah itu caranya membalas budi. Sedangkan mandikan jenazah mereka pun aku tak reti. Bila tiba soal kapan. Mampukah aku membalut tubuh mereka. Sedangkan bila soal kekasih ku rela berusaha. Membalut hadiah bagi menambat hatinya. Bila tiba solat jenazah. Mampukah aku menjadi imam. Solat kan jenazah mereka buat kali terakhir. Adakah bacaannya aku mahir. Walau telah dihantar belajar hingga ke mesir. Bila tiba soal talkin. Mampukah aku mengucapkannya. Memahaminya. Sedangkan Al quran pun dalam soal baca aku masih terpinga-pinga.

Duhai ayahku. Duhai ibuku. Alangkah malangnya nasibmu. Beroleh anak sepertiku. Resah hati ini tak mungkin berakhir. Bila melihat mereka pergi buat kali terakhir. Mungkin ini semua hanya mimpi. Mungkin juga realiti. Jika perkara ini belum terjadi. Masih lagi di alam mimpi. Ilmu perlu dicari. Amal perlu disusuli. Agar kita tidak terlepas lagi. Dari memanfaatkan ibu dan ayah sebagai kunci ke syurga nanti. Jika ia sudah terjadi. Jgnla bersedih hati. Doakan mereka. Bertaubatlah pada ya Rabbi. Supaya kita diampuni. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat dan Maha Mengasihani.

Firman Allah ta’ala
Tetapi barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Al Ma’idah 5:39)

2 comments:

wan hashim said...

Ya Allah tunjukkan aku jalan yg lurus. Jadikan aku dalam golongan org2 yg Engkau redhai. amin

..azkiyah.. said...

sbg seorg ank, kita kbyknnya lupa ttg pngorbanan,jasa dn ksh syg yg dberikn oleh kedua ibu bapa..sll teringat kata2 ni..
"Sifat Allah Ar-Rahman itu ada dlm dri seorg ibu.."
MashaAllah, bsr kn ksh syg mereka..Kita akn fhm bila kita melalui khdupn sprti mereka nnt.

Post a Comment