Pabila si Atheist bertanya




Herr Amand Gunter



Nama yg agak pelik jika hendak dibandingkan dgn Ahmad, Ali atau Abu. Dan lebih pelik lagi. Org ini bukannya seorg tokoh disegani mahupun seorg dictator yg ditakuti. Dia adalah dia. Dialah Herr Amand Gunter. Seorang manusia berbangsa Jerman. Apa kaitannya dengan diriku…?


Pertemuan pertama


Suasana kelas menjadi hening sebentar. Semua melihat satu sama lain sambil melukiskan wajah kehairanan. Ketika itu merupakan kelas Mr Angelo. Seorg manusia berbangsa jerman yg telah 6 tahun menetap di Malaysia. Bagiku dia seorg yg unik. Mana taknya. Dgn ketinggian 217cm. Memang mendongak bagi org yg memandang. Tetapi orgnya slamber je. Mukanya agak petak dan berambut pendek. Menaiki motor scrambler yg dari 2km lagi mampu didengari kemerduan bunyi tungangannya. Mengapa dia unik? Cuba anda bygkan. Seorg berbangsa jerman tulen mampu bertutur enam bahasa dgn fasih. Juga dapat menulis membaca dan bercakap dalam tamil. Bagiku itu sesuatu yg luar biasa. Mgkn kerana perkahwinannya dgn seorg gadis india membuatkan dia mampu menguasai bahasa itu. Respek la!

Tapi ada yg lebih luar biasa daripada itu. Seorg tua berbangsa jerman tiba2 masuk ke dalam klas. Dgn nada dan gaya jerman sejati. “guten tag(slamat sejahtera). Wie gehts (apa khabar)?” tnyanya pada kami. Kami sama2 menjawab “ausgezeichnet” yg bermaksud excellent. Kemudian dia trus duduk sambil menyertai kami di dalam klas. Pada masa itu perbincangan masih hgt mengenai Umwelt(alam sekitar). Kami mmg sedia maklum dia merupakan native german. So dia agak susah utk berkomunikasi dalam bahasa kedua(English). Tapi itu bukan halangan utk kami berbincang, memandangkan kebolehan bertutur dalam jerman mmg menjadi kewajipan bg kami. Pandangannya sgt tajam dan straight forward. Tidak seperti sesetengah politician yg cakap byk2 tapi point kurg. Mmg menjadi budaya di jerman utk saling berkongsi pendapat dan speak out your mind. Tiada halangan utk itu. Cuma kadangkala ketajaman kata2nya agak mengguris hati. Rupanya herr amand gunter ini merupakan dekan fakulti kejuruteraan di Rosenheim Jerman. Dan dia memberitahu bahawa dia baru ja menghantar pelajar Malaysia balik.( Menghantar tuh mean menendang keluar dari Tempat pengajian). Terlampau byk yg dia komen mengenai perkara itu. Sikap buruk pelajar Malaysia adalah antara yg utama. Malas g kelas. Malas nak anta asgntment. Mlas tuh. Mlas nih. Dok umah men ps3. Takpun buka internet sampai ke pagi. Memandangkan herr amand gunter tuh cakap direct to the point. Kdg2 panas jgk telinga ni dengar. Mana taknya. Dia kata kalau program tuh 4 taun. if Org jerman yg asal situ pun. Umah kat situ. Makan kat situ. Main kat situ pun blum tentu ble abih cukup-cukup 4 taun. Slalunya akan extend sehingga 6 taun. Mmgla susah. Mana taknya. Suma pengajian, exam, communication. Suma dalam jerman. Tapi yg menariknya bila dia kata. Org Malaysia lagila teruk. 12 taun kot baru abih. Aduhai. Cam truk sgtla org Malaysia ni.

Jika memandang pada emosi. Mmg sakit hati.tapi bila dipikir kembali. Mgkn itulah reality. Pertemuan pertama yg kontroversi.



Ronda2 kota raya…



Hari itu merupakan hari minggu. Pagi ini adalah pagi baru bagi diriku. Mungkin akan menghasilkan seribu satu pengalaman yg mengungkap pelbagai rasa. Ada yg suka ari minggu ni sebab time tuh la masa nak berehat dari bekerja. Ada yg gembira sebab tak payah peg ke skolah utk dua hari berturut-turut. Ada yg masih berduka. Kerana di hari minggu tuh masih perlu bekerja. Maklumla. Cari duit lebih. Itulah kehidupan kota. Sering tak lekang dari manusia.

Tapi pagi tuh berlainan buat aku. Kerana hari ni aku bersama dua lagi teman di ajak menemani Herr Armand Gunther sebagai tourist guide di kuala Lumpur. Walaupun jalan2 di kuala lumpur ni nak kata terer tuh tak la. Tapi ble la gagah jika diajak pegi ke mana2. Sesat tuh dah wajib. Tapi yg pasti jgn menyerah kalah dalam mencari jalan benar pulang ke pangkal jalan(umah). Kami memulakan perjalanan dari tol bangi menuju ke kl melalui plus. Hujung2 minggu ni kalau pagi2 ingatkan kurang sket kereta. Tapi lebih kurang ja. Kurang tuh adalah kurang sebiji dua. Masih byk lagi berlegar di jalan raya. Mana taknya satu rumah sekurang2nya dua keta. Dok flat pun takpa. Janji keta mesti dua dan bergaya.

KLCC


Destinasi pelancongan wajib bagi insan bernama pelancong. Kalau tak pecaya. Kat sini la paling byk flash kamera digunakan di dalam Malaysia(statistic aku). Tak kira la kat simpang yg mana. Msti ada yg ambil gambar. Janji scene klcc tuh jadi background. Kalu tak Nampak klcc pun. Tulisan klcc pun jadi la. Menara berkembar yg pernah satu ketika dahulu menjadi yg tertinggi di dunia. Pemandangan di situ mmg memukau bg sesiapa yg baru pertama kali melihatnya. Tapi bagi aku setelah 2 tahun hari2 melihat klcc walaupun time nak p klas. Pemandangan itu sgt biasa. Tiada yg luar biasa. Tapi biasala. Jadi tourist guide kan. Kenala wat excited sket. Penerangan tuh kena kasi gempak. Tapi tak gempak mana la. Sebab dalam jerman kan, susah sket nak terang. Takat yg basic2 tuh lepas la.

Antara spot yg paling menarik kat klcc nih adalah taman dekat2 c2. Kat tingkat 2 kalau tak salah. Kat situ ada kolam yg agak luas. Dan byk pokok yg ditanam menghijaukan pemandangan. Susah sebenarnya nak Nampak pokok2 camtuh kat kl nih. Hutan batu bykla. Seperti biasa. Spot tuh mmg ramai org. pelbagai ragam dan rupa. Pelbagai warna dan gaya. Tak kira org putih atau bangla. Suma ada di situ bersama agenda masing2.
Dengan murah hati herr Armand gunter mengajak kami minum di Dome. Salah satu kedai kopi di situ. Maklumla kalu kat klcc ni harga mmg melambung2. Takat segelas 2-3 hinggit tuh kira murah la. Tapi kami minum latte. Pure latte beb. Tanpa gula. Pahit gila.mana taknya. Baru member nak taruk gula. Trus herr armand ni tegur. Mana ada org minum kopi campur gula. Dia kata rakyat Malaysia ni gila. Sebab hamper suma minuman tambah gula.patutla byk yg kena diabetes. Itu satu perkara yg agak pelik bagi aku. Baru aku tau, org jerman n most org Europe minum kopi tak tambah gula. Kata dia tak bagus utk kesihatan. Memang tabik spring la Herr Amand!! Pahit pun pahit la. Janji org payung(belanja). Yg pahit pun tiba2 jadi sedap. Itulah penangan minuman free. Bak kata org. kurangkan gula dalam minuman. Tambahkan gula dalam senyuman.

Atheis


Pandangan herr Amand ni mengenai sesetengah perkara sgt2 tajam n kadang2 terlampau mengikut logic akal. Mungkin sebab itulah dia merupakan seorang manusia yg tidak mempercayai tuhan (ATHEIST). Tapi itu bukanlah satu yg luar biasa menemukan org putih yg atheist camni. Bgku ia adalah normal kerana kehidupan mereka yg tiada arah tujuan dan hanya mengejar keduniaan. Tapi hari ini. Ia bukan sesuatu yg biasa lagi kerana pertanyaan herr Armand Gunther yg sgt kontroversi.
Di tengah2 org ramai yg lalu lalang di hadapan kami begitu byk orang2 melayu dan ble di kategorikan sebagai islam melihat pada pakaian dan rupa. Dan sebagai kebiasaan di Negara ini, majority penduduk melayu di Malaysia adalah beragama islam. So dari rupa paras dan percakapan kita dapat mengagak agama melalui bangsa yg majoritinya islam di Negara ini. Dan di dalam sedar atau tidak tingkah laku kita as a majority in this country sedikit sebanyak menjadi perhatian sesiapa yg mengnjungi Negara ini. Saat itu merupakan saat yg agak mengejutkan dengan satu pertanyaan dari herr Gunther. Dia tidak bertanya tentang berapa tinggi klcc. Berapa ramai yg tinggal di kl. Atau apakah sejarah di sebalik pembinaan klcc tersebut. Cuma yg ditanya hanyalah mengenai perilaku manusia yg bernama melayu atau di kategorikannya sebagai islam.dan soalan itu specifically about Women. Kepada golongan wanita diharap jgn terasa. Biasala di klcc terdapat beberapa golongan wanita. Mostly foreigner dari middle east akan mengenakan abaya dan purdah dan menutup hamper keseleruhan badan dan muka. Golongan kedua adalah yg memakai tudung ala kadar sekadar melekap di kepala dan sekadar mengikuti trend utk bertudung dan bukan utk tujuan melengkapkan syariat. Golongan ketiga adalah yg memakai tudung tetapi agak sopan dan menutup apa yg harus ditutup tanpa dicemari dengan baju2 ketat atau tabarruj yg agak melampau. Semua golongan ini ble didapati di klcc. Cuma yg menjadi perbazaannya dari segi bilangan dan kekerapan anda bertemu dengan golongan ini. Tidak lupa pula kepada golongan terakhir yg free hair dan ditambah berpakaian yg menjolok mata yg pasti mendominasi golongan2 lain. Ini cuma adalah pemerhatian dari mata ini yg melihat dan meneliti dari kedai kopi dome di hadapan tasek tersebut. Mengapa aku menghuraikan pemerhatian ini. Ini kerana pemerhatian ini ada kaitannya dengan soalan herr amand gunter ini. Beliau begitu curious mengenai siapa yg lalu di hadapan kami. Dan dia ingin mengenalpasti yg mana islam. Dan itu ditanyakan pada kami bertiga. Kami hanya mengagak mengikut pakaian dan rupa paras masing2. Dan mengagak apakah agama org yg ditanya oleh herr armand. Tetapi bukan itu main concern nya tetapi hanyalah kenapa muslim women ada yg pakai tudung ada yg tak. Kenapa muslim women must wear tudung or hijab. Bagi diriku juga kawan2 ku yg turut di Tanya soalan itu. Ia merupakan satu soalan yg sukar. Di tambah rumit lagi apabila ditanyakan oleh seorang yg lebih tua, tiada agama, dan sangat2 freethinker. Dan org ini juga langsung tiada asas tentang agama islam. Lebih rumit lagi soalan itu perlu dijawab dalam bahasa german. Satu jawapan yg salah akan mendatangkan seribu satu impression yg kurang baek terhadap agama Islam yg syumul ini. Apakah jawapan yg paling tepat utk jawapan ini. So stiap drpd kami sedaya upaya menjawab mengenai soalan tersebut dengan penerangan tentang bahagian2 badan yg disebut aurat. Dan kewajipan menutup aurat. Dan menutup aurat bagi semua wanita muslim itu wajib. Lelaki juga termasuk. Bagi yg tidak melaksanakan kewajipan ini dikatakan berdosa. Herr Armand Gunther seolah2 menerima jawapan ini. Tetapi aku tau, itu bukan jawapan yg paling tepat memandangkan keadaan herr Gunther ketika itu. Malah aku juga masih mencari jwapan yg paling tepat utk pertanyaan itu. Dia Cuma mengatakan everybody has its own opinion. And we need to respect everybody believes. So I accept it.


Bagi aku soalan itu masih berlegar di ruang minda. Ramai juga aku tanyakan soalan ini. Bagaimana hendak menjawab soalan ini apabila ditanya dengan atheist. Apakah jawapan yg paling tepat bg keadaan di atas. Rupa-rupanya soalan itu tidak terhenti sekadar itu. Perjalanannya baru bermula.

(bersambung….. di dalam perjalanan mencari jawapan)