dialog si hati

Bila hati mula berbicara



Kenapa harus begini…..

Kenapa jadi macam ni…

Kenapa aku…

Salahkah aku…

Hinakah aku….

Soalan sering di ajukan pada diri. Mengenang kesilapan lalu seolah2 mengundang perasaan yg tiada tepinya. Adakah aku tiada jalan ke syurgaMu wahai Tuhan…aku inginkan belaianMu. Kasih sayangMu. Redhailah hidupku.

Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, “mengapa Allah tidak berbicara dengan kita atau datang tanda-tanda (kekuasaanNya) kepada kita? Demikian pula orang yg sebelum mereka telah berkata seperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang yakin. (Al Baqarah 2:118)

Aku tercari2 ketenangan sejati. Mungkin di sini mungkin di situ. Berjam2 aku habiskan masa di pusat karaoke. Dengan harapan hati dapat tenang dan terubat dari suka dan duka kehidupan. Tapi itu suma hanya mimpi di siang hari. Mencari ketenangan dengan menyanyi? Bunyi pun macam dah lari dari syarie.

Aku beralih ke tempat snuker. Di mana ramai manusia di situ. Bermain bola berwarna warni. Ku harapkan kemenangan boleh mengembalikan riak kegembiraan di hati. Tapi itu suma hanya fantasi. Melihat keadaanku yg hari2nya dihabiskan di pusat karaoke mahupun pusat snuker. Aku rasa diri ini kosong. Ruang ini patut diisi. Apakah yg dapat mengisi hati ini.

Adakah aku kekurangan cinta? Aku mula mencari cinta. Mencari teman di sana sini. Kononnya bahagia dapat berjumpa. Kononnya hebat bila bersua. Kononnya rindu bila tidak bertemu. Kononnya kasih bila terasa sedih. Walaupun begitu. Balasan sms2 yg mengharukan perasaan. Hadiah2 tersusun menjadi perhiasan. Hanya bertindak seketika sahaja. Menggembirakan hati ini untuk sementara. Dating2 yg kurasa dapat beri ku bahagia. Tapi ternyata sia2. Hati ini masih kosong tak berisi. Mengharapkan satu sinar hakiki. Yg dapat mengisi hati ini.

Mgkn aku kekurangan teman. Aku mula mencari kawan. Beratus2 malah beribu2. Tidak kira dari facebook mahupun frenster. Yg datang ku sapu. Yg malu ku tunggu. Di kala lepak bersama kawan2 di kedai mamak. Walaupun gelak bergegar kedai. Lawak membuat air mata berderai. Ku tetap rasa lompong. Jauh di hati yg mgkn sombong.
Mungkin selama ini aku sahaja yg lupa. Dilekakan dengan permainan dunia. Lupa siapa kita sebenarnya. Bahawa setiap di jadikan itu pasti ada fitrahnya. Fitrah sebagai hamba. Hamba pada Penciptanya.siapakah aku soalan ditanya. Aku lah manusia. Diciptakan utk tunduk dan beribadat kepadaNya. Hanya menyerahkan diriku utkNya. Sebagai satu pengabdian yg hakiki lagi suci.

Barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. (Al Baqarah 2:112)

Mengapa jawapan pada soalan ini lambat ku temui. Mungkin bukan lambat tetapi hati yg tidak mengerti. Erti sebenar hidup ini.

Dan sungguh, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang jelas kepadamu(Muhammad), dan tidaklah ada yang mengingkarinya selain orang2 yg fasik. (Al Baqarah 2:99)

Mungkin hati ini dimateri dgn dosa2 yg dilakukan tanpa henti. Hati ini terus hitam tanpa ada usaha membersihkannya. Apatah lagi menyucikannya. Aku layu bila terkenang dosa lalu. Aku sepi bila mengenangkan hari2 tanpa berabdi. Pada tuhan yg satu, Allah ya rabbi.


0 comments:

Post a Comment