jgn mudah terpedaya...


Penangkapan dr asri baru2 ini di sri ukay byk menimbulkan rasa yg pelbagai mahu dari yg membantah dan juga pihak yg menyokong. Isu tauliah yg ditimbulkan utk menahan dr asri pada kali ini dilihat satu alasan yg cukup mendukacitakan utk menahan seorang tokoh agama dan pernah menjadi bekas mufti perlis ini dengan mendapat layanan seperti penahanan penjenayah2 besar disifatkan sebagai cukup tidak berhikmah memandangkan byk ruang lain yg bole diguna pakai dalam menyelesaikan masalah ini. Ala2 menahan seorang capo Mafioso atau seorang ketua keluarga mafia yg memerlukan kira-kira 20 ke 30 orang polis dan berpuluh pegawai JAIS. Seperit biasa kes ini ada yg menyokong dan ada pihak yg menentang. Cuma kita sebagai pembaca akhbar2 atau pemerhati media massa terutama yg terpapar dalam internet semestinya bertindak bijak dalam menganalisis data2 juga berita2 yg telah disiarkan. Beberapa tuduhan telah dilemparkan terhadap Dr Asri pada saya amatlah satu tuduhan yg begitu rambang dan tidak berasas. Mengapa saya katakan begitu, kerana sampai sekarang tuduhan2 itu masih tidak dapat dibuktikan, dan hanya menjadi khabar2 angin yg sama skali tidak tahu setakat mana kesahihannya. Kita dapati banyak tokoh2 masyarakat yg berlainan latar belakang dan parti politik turut mengecam tindakan JAIS ini. Dalam hal ini saya rasa kita sebagai manusia yg mempunyai akal fikiran sepatutnya menimbang dengan baik2 sebelum mengambil sahaja semua artikel2 atau tuduhan2 yg semakin banyak diwarwarkan dalam blog2 ataupun laman2 web. Lambakan informasi yg susah utk dipastikan kesahihannya ini kadang2 boleh mengundang kontroversi yg tidak berkesudahan. Lebih teruk lagi jika perkara ini diambil kesempatan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab pasti akan memanipulasi isu ini bagi kepentingan agenda masing2. Akhir kata…renungilah Firman Allah ini…



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]



Walaubagaimanapun, yg benar itu tetap benar. Tidak semestinya yg kalah itu tidak benar dan yg menang itu benar atau sebaliknya. Wallahualam. Allah lebih mengetahui.

Perjalanan mencari jawapan



Perjalanan mencari sebuah jawapan…

(sambungan) Pabila si Atheist bertanya:

Warum nicht alle Muslim Frauen kopfturf (tudung) tragen?
Ist das ein muss?
Und Warum?

Subtitle: Kenapa bukan semua wanita muslim memakai tudung?
Adakah Ia Wajib?
Dan Kenapa perlu pakai tudung?

Soalan yg ditanyakan di tengah2 klcc yg tersergam indah. Pertanyaan dari seorang manusia atheist bernama herr Armand gunther.Siapakah dia?(sila rujuk artikel pabila atheist bertanya). Jawapan kami sebelum ini mengenai perkara tersebut ku rasakan kurang tepat utk herr armand gunther (HAG). Walaubagaimanapun ia tetap memberi satu pengajaran dan pengalaman baru bagi aku. Dalam sedar atau tidak, ada mata yg memandang fenomena tudung ini dengan perspektif yg berdasarkan logic akal. Walaupun tiada agama, berlainan budaya dan bangsa, tapi persoalan tudung juga yg ditanya. Ini yg menimbulkan seribu satu pertanyaan dalam diri. Kenapa dalam byk2 soalan itu yg ditanya… jika dia mmg mahu tahu ttg islam or curious, kenapa persoalan itu harus bermula dgn tudung.

Itulah reality sebenar, perlakuan setiap muslim dalam Malaysia ini rupanya di pandang dan dijadikan kayu ukur bagi mengagak Apa Itu Islam. Memandangkan di Malaysia melayu merupakan kaum yg sinonim dgn islam, perlakuan orang2 melayu seringkali dihukum sebagai perlakuan islam. Mungkin inilah yg terjadi di dalam kes HAG ini. Memandangkan HAG begitu memberi perhatian dalam meneliti perlakuan org islam di Negara ini sehingga menimbulkan satu kekeliruan apabila melihat pada persoalan tudung ini.

Kenapa ada yg pakai kenapa ada yg x? Kenapa pakai tudung? Semacam menyekat kebebasan wanita. Kalau satu kewajipan pakai tudung. Kenapa tak suma muslim pakai include lelaki pun? Tak panas ka pakai tudung?

Inilah bentuk2 persoalan yg dilontarkan oleh si Atheist bernama HAG. Mungkin dah lama dia memerhatikan perkara ini. Tapi tiada teman utk berbincang. Jadi kamilah mangsa sasaran ingin tahunya itu. Walaupun nadanya agak berbentuk provokasi. Dan tidak menghormati sensitivity. Bagi sesiapa yg agak terusik bila melihat soalan ini. Tapi bagi aku bukan marah yg perlu didahulukan. Persoalan sekarang ini bagaimana memberi jawapan yg tepat bagi persoalan. Mana tau dengan jawapan tersebut Allah membuka pintu hatinya utk Islam. Bagi ku persoalan ini barangkali juga pernah muncul di minda2 yg memakai tudung atau yg free hair.

So apakah jawapan yg paling tepat??

Ustaz Arif

Mungkin ramai yg tidak pernah mendengar nama ini. Ustaz ini tidak begitu popular, tidak keluar tv sekali seminggu atau menulis pada dada2 akhbar. Tetapi aku amat menyukainya dan mengaguminya. Perwatakan, ilmunya, akhlaknya dan pembawaannya membuatkan sesiapa yg mengenalinya pasti terpikat. Walaupun ada sesetengah golongan seakan-akan takut dan anti pada ustaz ini memandangkan beliau sgt keras pada pandangan mereka. Bagiku pandangan ustaz ini begitu sederhana dan sgt berhikmah dalam penerangannya. Walaupun begitu beliau tidak lupa memberikan dalil2 naql yg sahih sebagai bukti dan tulisan2 dari kitab2 yg muktabar dalam menerangkan persoalan agama yg ditanya pada beliau. Ini merupakan sesuatu yg istimewa ttg beliau memandangkan jawapan yg diberi bg kebnyakan persoalan, dihuraikan dgn bijak dan berdasarkan al Quran dan Sunnah. Dan juga beliau menghuraikan perbezaan pendapat dalam sesuatu masalah dengan bijak tanpa perlu memasukkan unsur2 tidak islamik.

Memandangkan minggu itu ada talaqqi bersama ustaz arif, di kesempatan itu aku mengambil peluang bertanyakan persoalan HAG ni kepada ustaz. Bagaimana jawapan yg sepatutnya diberi pada HAG ni. Secara ringkasnya, jawapan ustaz arif adalah tiada jawapan. Ustaz kata kenapa perlu jawab mengenai persoalan berkenaan tudung utk diterangkan pada HAG ni tadi. Tak perlu jwb soalan itu. Pening juga aku dibuatnya. Tak pernah2 lagi aku dpat jawapan yg camni. Pada pandangan aku ketika itu, mungkin kerana aku masih tidak cukup ilmu utk menerangkan dengan tepat pada HAG lebih2 lagi dalam jerman menyebabkan ustaz Arif menyarankan aku supaya tidak menjawab soalan itu jika ditanya lagi. Redalah sedikit kerunsingan aku mengenai kes HAG ni. Apa yg aku perlu skg ni adalah ilmu. Rupa rupanya ia tidak terhenti setakat itu. Perjalanan ini masih diteruskan. Cuma aku yg tidak sedar.





Eksplorasi Du’at


Hampir setahun telah berlalu..
Kring!! Kring!! Hp ku berbunyi. Aku lihat pada paparan skrin. Hujatul islam. Sahabatku yg tinggal di kajang menelefonku. Dia bertanya khabar dan berkongsi cerita tentang perkembangan terkini. Seperti biasa aku akan sentiasa tanyakan apa program minggu ni. Dan dia maklumkan aku ttg program eksplorasi du’at yg akan diadakan di sekolah Islam Al Amin. Sekolah lamanya. Aku terus meminta utk join sama. Bagi aku benda baek ni kita kena sokong. Tak kira la aktiviti apa pun. Kalau diajak lepak mamak dua tiga pagi pun ble. Pegi men futsal sampai dua tiga jam ble. Takan g program agama dua tiga hari tak ble.

Aku pun tak tau kenapa aku teringin sgt nak join program tuh. Mungkin sebab dah lama di kampong. Mesti kena mengembara jap utk dapatkan ilmu. Kata orang makin jauh perjalanan makin luas pemandangan. Aku juga tanyakan jika ada ceramah2 laen. Dia kata aku baru terlepas beberapa ceramah dalam bulan ni. So aku tidak melepaskan peluang utk join eksplorasi Du’at ni memandangkan minggu tuh aku bakal turun kl kerana ingin menguruskan mengenai pengajianku. Jadi sambil menyelam minum air la. Aku langsung tidak tahu apa pun mengenai ED(eskplorasi duat) ni.aku menganggap program ni macam kem ibadah takpun macam eksplorace tapi berunsurkan dakwah. Byk kemungkinan berteka teki lam minda ni tapi aku bersangka baik ja la. Walaupun masuk kena bayar aku rasa tak mengapa habiskan sedikit duit aku yg mmg sedikit ni utk buat amal. Sekurang2 nya pun aku dapat ilmu. Paling kurang pun pengalaman. So mmg tak rugi la nak join. Apabila sampai ja aku di kl aku terus contact hujatul islam. Sahabat lama. Dia time tuh tgh kerja. So kami bercadang utk bertolak lepas dia abih kerja la. Lepas maghrib camtuh. Tapi biasala kita hanya mampu merancang. Allah yg menentukan. Lepas isyak jugak kami baru bertolak. Sebenarnya ED tuh dah start petang tadi iaitu petang jumaat. Kami ni baru nak btolak malam tuh. Harap2 sempat la dengan program yg berbaki sehari setengah. Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya si hujatul islam ni pun tau prog ni dari internet. Dia tak kenal sapa pun melainkan seorang peserta ED ni yg kenal kt internet jgk. So dgn bantuan saudara Azizul ni la kami dapat meyertai program ni.



Ustaz LOVE

Ustaz Hasrizal. Penulis buku yg fenomena di Malaysia. Aku terima nikahnya. Bercinta sampai ke syurga. Dan baru2 ini rindu bau pohon tin. Aku hanya kenal ustaz ni melalui tulisannya tetapi tidak pernah sekali pun bersua muka atau berbicara. Bagiku hari itu merupakan hari bertuah ku. Kerana di eksplorasi du’at aku menyertai beberapa slot yg dikendalikan oleh ustaz hasrizal itu sendiri. Aku mmg dah lama teringin berjumpa atau sertai program kendalian ‘ustaz Love’ ni. Pandangannya bagi aku begitu bernas dalam mengupas byk isu lebih2 lagi berkaitan isu cinta. Pendekatannya yg penuh hikmah menarik beribu manusia membaca bukunya dan melayari blog nya iaitu saifulislam.com.

Slot yg dikendalikannya pada hari itu adalah berkaitan dakwah. Focus kepada kaedah dakwah yg betul. Dakwah itu fitrah. Dakwah itu hikmah. Dan dakwah itu ibrah. Itulah tajuk2 slot slama setengah hari lebih kurang. Sebenarnya tanpa aku sedar jawapan pada persoalan kes HAG ada pada slot2 ini. Aku mula memahami konsep presenting problem dan juga real problem. Walaupun melalui tulisannya ada bercerita tentang perkara ini. Tetapi di dalam program itu ia semakin jelas pada diriku. Dan ini membuatkan aku semakin hampir pada jawapan kes HAG tersebut. Di dalam slot tersebut ada sebuah kisah yg menarik yg kurasakan berbaloi utk dikongsi.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik bahwasanya Nabi saw melihat seorang Arab Badwi kencing di masjid, maka beliau bersabda, “Biarkanlah dia. Hingga setelah selesai kencing beliau saw minta dibawakan air lalu disiramkannya ke tempat kencing tersebut”
Imam Muslim telah meriwayatkan hadis ini melalui jalur Ikrimah bin Amar dari Ishaq Hanya saja beliau menambahkan dalam riwayatnya, “Kemudian Nabi saw memanggilnya dan bersabda kepadanya, ‘Ssesungguhhnya masjid-masjid ini tidak sesuai untuk tempat kencing dan buang kotoran. Sesunguhnya ia hanyalah sebagai tempat zikir kepada Allah, solat dan membaca al-Qur’an”

Bygkan dalam masjid ada org kencing depan kita suma. Walaupun sesiapa yg mempunyai sensitivity agama yg kurang atau tak pernah g masjid sekalipun tak akan pernah sekali akan melakukan perkara yg sama. Tetapi lelaki badwi itu melakukannya. Apa perasaan kita jika berlaku di depan mata. Marah. Geram. Nak belasah. Msti macam2 lagi yg terlintas dalam fikiran. Tapi lihatlah akhlak nabi. Sesungguhnya najis kencing itu bole dicuci. Tapi jika tindakan pertama adalah marah dan maki. Tentunya arab badwi tadi akan lari dan meninggalkan masjid. Dan kemungkinan besar benci akan islam. Tapi Nabi Muhammad saw tidak begitu. Baginda saw begitu hikmah dalam berdakwah. Dalam cerita ini kita dapat melihat byk perkara2 penting yg ble dijadikan pengajaran.

Salah satunya adalah berkenaan hikmah. Dan juga di sini adalah presenting problem n real problem. Aku akan cuba menghurai dengan ringkas dengan ilmu yg tak seberapa ini. Dalam bab org badwi ini. Bygkan kita berada di situasi tersebut. Jika marah menjadi pilihan adakah org badwi itu akan tertarik dgn islam? Pasti dan pasti org badwi tuh akan lari dan kemungkinan meninggalkan islam yg bakal dianutinya. Tapi jika melihat pendekatan Nabi SAW. Begitu hikmah. Akhirnya islam dapat disampaikan dgn cara yg paling baik. Di sini presenting problem would be kencing lam masjid. Tapi real problem is. Adakah orang badwi ini paham islam. Paham tentang hukum hakam islam. Tau apa itu islam. Cth yg terbaik dah ada. Samada kita nak ikut atau tak ja. Begitu juga bg aku jawapan bagi kes HAG ni.



Cinta sempurna


Dalam bulan ramadhan yg mulia baru2 ini. Sebuah drama berepisod telah ditayangkan di dalam astro oasis. Cerita ini sebenarnya di olah dan dikembangkan daripada cerita asal iaitu pengalaman sebenar ustaz Hasrizal berdakwah. Secara ringkasnya cerita itu berkaitan dua anak datuk yg telah lama dihantar belajar di UK. Oleh kerana kurang didikan agama, mereka telah mula mempersoalkan agama Islam itu sendiri dan seringkali berprasangka negative dalam mempersoalkan amalan2 wajib dalam islam. Mengapa cerita ini menarik. Kerana situasinya lebih kurang dgn kes HAG ni. Cuma org yg memainkan watak itu sahaja berbeza. Persoalannya tetap sama. Why muslim women must wear tudung? Why muslim need to solat? Kerana datuk ini begitu mementingkan kebajikan anak2nya lalu dicarikan beberapa ustaz n ustazah utk membimbing anak mereka. Di sini kita dapat melihat perilaku normal ustaz2 di dalam Negara ini. Ustaz yg terakhir itu iaitu ustaz nazir berjaya menyelesaikan persoalan ini dengan begitu baik dengn menggunakan kaedah yg lebih moden dan berhikmah. Aku cadangkan supaya kita sama2 melihat drama ini yg ada di u tube dan memahami jawapan yg aku jumpa dalam drama ini.


Jawapanku ketika ini

Jika ada berlaku kes HAG ni utk kali kedua atau seterusnya atau kes yg lebih kurang sama. Aku rasa aku sudah ada jawapan utk itu. Aku mula memahami kata2 ustaz Arif. Slot2 ustaz Hasrizal. Dan episode drama cinta sempurna dan msg yg ingin disampaikan. Dalam kita berdakwah atau menyampaikan islam kita seharusnya menjadi bijak dalam mengenal pasti real problem n presenting problem. Kerana kedua2nya itu hanyalah dibezakan oleh satu garisan yg sangat nipis. Mmg agak sukar. Tapi ilmu menjadi bekalan utama dalam menangani masalah ini. Yg kedua adalah cara menyampaikan dakwah itu perlu pada hikmah. Da’I (pendakwah) itu perlu kreatif dalam menangani keadaan yg timbul. Yg ketiga dakwah itu bukan hanya dari kata2 sahaja malah perlu pada akhlak yg mulia yg kadang2 lebih efektif pada mad’u(yg didakwah) berbanding kata2. Utk persoalan HAG. Tgkla drama cinta sempurna. Mungkin cara ustaz nazir ble diaplikasikan dalam menjawab persoalan ini.

jika ingin menyampaikan sesuatu yg sunnah, masa penyampaian perlulah juga sunnah, cara penyampaian juga perlu sunnah. Matlamat tidak menghalalkan cara.dan yg benar itu tetap benar...