transformasi dirimu dengan perubahan

Transformasi diri dengan perubahan

Kadangkala terlintas di benak pemikiran setiap makhluk bernama insan menginginkan perkara yg lebih baik utk dirinya.si petani menginginkan hasil pertanian yg lumayan. Si nelayan mengidamkan hasil tangkapan “berbundle-bundle.” Ternyata keinginan seperti ini seringkali diatasi dengan alasan yg sangat popular.MALAS.

Bagi saya Malas merupakan satu frasa yg penting dalam hidup. Perkataan ini bukan sahaja musuh dalam selimut bahkan dia jualah yang menjadi sahabat menemani insan yg selalu terleka. Pasti akhir2 ini kita seringkali dirundung masalah dan lebih dahsyat lagi kegagalan. Mungkin di bidang perniaagan. Mungkin juga di bidang akademik. Walaubagaimanapun kegagalan itu membawa kita berkongsi perasaan yg bercampur baur samada hampa, kecewa, rendah diri, atau kesedihan. Mgkn juga besar kemungkinan kegagalan itu berpunca dari perkataan keramat tadi “malas”. Ternyata sekali malas ini merupakan wabak yg sukar ditangani. Mgkn lebih berbahaya dari Influenza yg bermacam-macam.

Walaupun begitu, jgn sesekali disalahkan malas itu. Kerna percaya atau tidak malas juga merupakan sebahagian dari diri. Dan itulah yg dinamakan kelemahan. Mempunyai kelemahan tidak bermakna anda mewarisi kegagalan. Tetapi jadikan kelemahan sebagai peluang atau ruang bagi diri yg ingin menjadi lebih baik. Tukarkan kegagalan kepada kejayaan. Lenyapkan kelemahan timbulkan kelebihan. Realisasikan semua itu dgn melakukan perubahan. Transformasi diri anda dengan perubahan.

1 comments:

sya_ais said...

MALAS=GAGAL=KECEWA
kelemahan diri yg perlu diatasi dgn adany matlamat yg kuat

Post a Comment