Apa nak jadi dengan aku?


Malam kelabu

Malam ini langit seakan berkabus. Langit seakan pudar. Begitu juga hati ini. Seakan akan kelabu memikirkan masa depan yg tidak menentu. Mungkin masa akan menjadi hakim penentu segalanya.


Rumah hari itu agak meriah kerana menerima kunjungan sahabat lama ayahku yg sudah 39 tahun tidak bertemu. Persahabatan yg lama ni telah terjalin lama dahulu sewaktu ayahku masih bujang sebelum menemui ibuku lagi. Walaupun bangsanya agak berbeza, bahasa agak berlainan tapi itu bukan alasan utk menjalinkan sebuah persahabatan. Ikhlas antara dua manusia. Walau berbeza warna juga rupa bukan juga dilema bg memastikan dua insan ini terus menjadi sahabat sampai bila2. itulah yg diakatakan satu Malaysia.


Memandangkan umur uncle ini yg agak tua, sekitar 68 tahun, tetapi dia masih gagah berjalan dan ditemani seorang pembantu peribadi. Dia seorang lelaki berbangsa tionghua. Tetapi bahasanya melayunya amat fasih dan hebat bila bertutur dalam dialek klantan. Hampir2 diingatkan melayu jika tidak memandang rupanya. Namanya adalah uncle Ah Kuan.


Biasala bila lama tak berjumpa ni. Sembang mesti lama2. bak kata orang melepaskan rindu di dada. Byk la ceritanya. Tapi kata2 uncle ini sgt menyentuh hati. Walaupun beragama berbeza. Katanya memang mengharukan minda. Menyedapkan telinga mendengarnya. “kita ni bila mari kat dunia ni dgn tgn kosong. Nak balik nanti pun dgn tangan kosong jgk la. Tak daknya nak dibawa harta berjuta2..”

Kata uncle tuh.


Sabda Rasulullah s.a.w:
Jika mati anak Adam putuslah amalnya kecuali 3, amal jariah, doa anak shalih, ilmu yang bermanfaat (Hadis riwayat Muslim)


Memang katanya simple. Tapi bagiku utk seseorang yg mempunyai agama yg jauh berbeza nak mengatakan begitu sangat istimewa utk didengari. Tapi sejauh mana kita sedar mengenai perkara ini. Ada yg tau mati tuh pasti tapi buat2 cam hidup abadi. Ada yg tahu harta dunia tak kekal abadi tapi masih dikejar hingga lupa diri. Ada yang tau Pencipta diri tapi buat dosa tak henti2 cam tak ada yang memerhati.


Firman Allah Ta’ala:
(Surah Yaasin: 54)

Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 36:54)

(Surah al-baqarah: 286)
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya

Dan uncle itu juga ada menyatakan prinsipnya mengenai kehidupan yg agak menarik untuk didengar. Katanya “ hidup ni yg penting sekali Kesihatan. Kalu ada luit banyak sakit pun tak guna. Duit bole buat pa. makan kena mau jaga. Dari muda lagi kena mau jaga. Yg kedua adalah anak. Anak ni kalu ramai pun takpa. Bgus. Asalkan suma nya “jurus” atau “jughuh”(dalam dialek klantan yg bermaksud baik akhlaknya),Biar dia millionaire ka tak millionaire ka. Tapi janji mau jurus. Byk yg kaya2, pangkat besar2 tapi anak habih rosak binasa. Nak buat pa.”

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati."

bila aku terdengar kata2 tuh. Membuatkan ku terfikir sejenak. Aku ni. Apa saja makan lalu. Lalu ja makan. Yg datang disapu. Yg dimasak di tunggu2. mmg tak pilih bulu. Tolak kayu dan batu. Al maklumla raya2 ni. Pusingan balas dendam la memandangkan posa kena menahan lapar dan dahaga. Apa harganya posa macamni?? Lu pikirlah sendiri. Beringatla sebelum kena. Islam menasihatkan kita supaya bersederhana. Berhenti sebelum kenyang, makanla ketika lapar. InsyaAllah penyakit pun payah nak kena. Bila dah tua baru menyesal tak terhingga. Disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Penyakit banyak tak terhingga. Duit berguni2 pun dah tak berguna. Hanya menunggu malaikat maut datang menjemput. Adakah ini penghabisan kehidupan yg kita nak ikut??

Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (surah Al-A’raf:31)

Moga2 kita sama2 beringat. Manusia kan selalu lupa. Akan dunia yg sementara. Sama dengan la dgn saya.

2 comments:

..ghuraba'.. said...

Ssungguhnya Allah mngetahui betapa hambaNya sntsa mencuba..Dan Allah tidak memandang hasil ttp usaha bersungguh2 yg dilakukn..Maka yknlh bahawa pertolongan Allah itu dekat spy hmbaNya dpt mmnta dariNya..

Jgnlh berputus asa..Krn org yg bertaqwa itu tidak sekalipn perlu utk merasakn drinya lemah berbndg org lain..

wan hashim said...

insyaAllah.. cerita ni sbnrnya amat menyentuh hati. sebab uncle ni sebenarnya seorg manusia yg dah tiga kali kena heart attack. dia dah dua kali hampir mati sebab penyakit yg dia kata tak leh cure. so bygkan. seorg yg lain dr agama islam. berpkiran macamni. kan dah ternyata fitrah kita itu sama. Islam is our way of life. Allah lebih mengetahui

Post a Comment