jgn mudah terpedaya...


Penangkapan dr asri baru2 ini di sri ukay byk menimbulkan rasa yg pelbagai mahu dari yg membantah dan juga pihak yg menyokong. Isu tauliah yg ditimbulkan utk menahan dr asri pada kali ini dilihat satu alasan yg cukup mendukacitakan utk menahan seorang tokoh agama dan pernah menjadi bekas mufti perlis ini dengan mendapat layanan seperti penahanan penjenayah2 besar disifatkan sebagai cukup tidak berhikmah memandangkan byk ruang lain yg bole diguna pakai dalam menyelesaikan masalah ini. Ala2 menahan seorang capo Mafioso atau seorang ketua keluarga mafia yg memerlukan kira-kira 20 ke 30 orang polis dan berpuluh pegawai JAIS. Seperit biasa kes ini ada yg menyokong dan ada pihak yg menentang. Cuma kita sebagai pembaca akhbar2 atau pemerhati media massa terutama yg terpapar dalam internet semestinya bertindak bijak dalam menganalisis data2 juga berita2 yg telah disiarkan. Beberapa tuduhan telah dilemparkan terhadap Dr Asri pada saya amatlah satu tuduhan yg begitu rambang dan tidak berasas. Mengapa saya katakan begitu, kerana sampai sekarang tuduhan2 itu masih tidak dapat dibuktikan, dan hanya menjadi khabar2 angin yg sama skali tidak tahu setakat mana kesahihannya. Kita dapati banyak tokoh2 masyarakat yg berlainan latar belakang dan parti politik turut mengecam tindakan JAIS ini. Dalam hal ini saya rasa kita sebagai manusia yg mempunyai akal fikiran sepatutnya menimbang dengan baik2 sebelum mengambil sahaja semua artikel2 atau tuduhan2 yg semakin banyak diwarwarkan dalam blog2 ataupun laman2 web. Lambakan informasi yg susah utk dipastikan kesahihannya ini kadang2 boleh mengundang kontroversi yg tidak berkesudahan. Lebih teruk lagi jika perkara ini diambil kesempatan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab pasti akan memanipulasi isu ini bagi kepentingan agenda masing2. Akhir kata…renungilah Firman Allah ini…



“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]



Walaubagaimanapun, yg benar itu tetap benar. Tidak semestinya yg kalah itu tidak benar dan yg menang itu benar atau sebaliknya. Wallahualam. Allah lebih mengetahui.

0 comments:

Post a Comment